Monday 9 April 2012

Kulup yang berjasa pada TNB

Orang Melayu dikatakan mengambil perkataan ELEKTRIK daripada perkataan Inggeris yang juga ELECTRIC. Tetapi yang sebenarnya, ELECTRIC itu diambil dari perkataan Melayu campur Inggeris.

Ceritanya.... Pada suatu masa dulu selepas setahun Thomas Edison mencipta lampu, saintis tidak pernah terfikir memberi nama kuasa yang menyebabkan lampu itu hidup. Jadi, entah macam mana semasa lampu mula-mula hendak diperkenalkan di Tanah Melayu, ada seorang Melayu yang bernama Kulup Kalimantang mati-mati tidak percaya pada hasil ciptaan Thomas Edison itu. Semasa demonstrasi diadakan oleh Thomas di Tanah Melayu untuk memperkenalkan lampu itu, Kulup Kalimantang pun berkata dengan kuat.

"Ele..trick aje tu... ele..trick aje... ele trick!".( Bermaksud tipu )

Thomas Edison berfikir Kulup berkata begitu kerana mengatakan lampu menyala disebabkan oleh kuasa "ele..trick" . Jadi digunakanlah perkataan "ELE..TRICK" yang dieja ELECTRIC mengikut ejaan orang putih. Sebagai mengingati jasa Kulup Kalimantang menamakan kuasa ELECTRIC itu, maka diciptalah sejenis lampu panjang yang dinamakan lampu kalimantang

chot ke perpustakaan


Chot merempuh masuk ke satu perpustakaan awam dan meluru ke meja pendaftaran.

"Saya nak buat aduan! Saya nak komplen!" jerkah Chot.

"Ada apa, encik?" tanya pustakawan bertugas.

"Saya ada pinjam satu buku cerita dari sini minggu lepas dan ianya sungguh mendukacitakan!" kata Chot.

"Apa masalahnya?" tanya pustakawan itu lagi.

"Banyak sangat watak dalam buku cerita tu dan saya tak paham langsung apa yang cuba buku tu kisahkan. Tak ada jalan cerita langsung!"

Pustakawan tersebut berkata,
"Ahh... jadi, encik ni la yang ambil buku panduan telepon kami yang dah hilang dekat seminggu tu!"

Keras Kepala


Dimulakan cerita diadakan sukan antara negara-negara ASEAN di KualaLumpur. Salah satu acara ialah pertandingan keras kepala. Cara pertandingannya ialah seseorang itu perlu terjun dari bangunan tinggi dan kepala didahulukan dan dapat kebawah tanpa apa-apa kecederaan. Dimulakan pertandingan peserta dari Thailand naik ke tingkat 1 dan terjun...whooosh! Gedegam! kepalanya menghentam tanah. Dia bangun tanpa apa-apa kecederaan.

Peserta kedua dar Filipina naik ke tingkat 2 dan terus terjun Zooooom!Bang! Dia bangun dan mengossokkan kepalanya. Penonton bertepuk tangan. Peserta ke 3 dari Singapura berlari ke tingkat 3 dan terus terjun ala Sommersault dan terus sampai ke bawah dengan pantas. Beliau dengan tangkas bangun dan mencuci kotoran dikepalanya.

Tiba pula peserta dari Malaysia yang harus terjun dari tingkat 4. Beliaudengan perlahan berjalan ke tingkat 4. Sampai ditepi beliau berdiri Sahaja. Pengadil menjerit jerit suruh dia terjun. Dia mengeleng-ngelengkan kepalanya kerana tidak mahu terjun. Jurulatihnya bertempik menyuruh dia terjun.Dia masih berdiri dan tidak mahu terjun. Oleh kerana beliau adalah peserta terakhir pengadil-pengadil memutuskan untuk bermesyuarat. Keputusannya pemenang pertandingan keras kepala adalah dari..... MALAYSIA!

Adus perut ku

Raju baru saja tersedar setelah menjalani pembedahan dan dia melihat ada dua orang pesakit lain yang berada di wadnya. Dengan rasa lega dia berkata "Syukurlah, semuanya sudah berlalu."

"Jangan terlalu yakin," kata Akbar yang tidur di sebelah kanan tempat tidurnya. "Kelmarin mereka meninggalkan gunting di dalam perutku, dan aku harus menjalani pembedahan sekali lagi!"

Yusri yang berada disebelah kiri tempat tidurnya pula menyampuk, "Kelmarin dulu, aku juga mengalami pembedahan ulangan kerana mereka tertinggal sebuah perkakas pembedahan di dalam perutku."

Tepat pada saat itu, Doktor muncul di depan pintu dan berseru "Adakah sesiapa yang nampak handphone saya?"

Cepatnya bapak aku

“Di padang sebuah sekolah, nun jauh disudut kanan, ternampaklah tiga budak sedang bersembang. Mari kita amati dan teliti apa yang mereka sembangkan…

Budak A ” Bapak aku jadi ahli sukan, bapak hangpa kerja apa ”
Budak B dan Budak C menjawab ” Bapak kami pun ahli sukan jugak”.

Maka semua bapak mereka adalah ahli sukan….

Budak A meneruskan cerita..” Bapak aku jadi perejam lembing, punyalah cepat dia berlari sehinggakan setelah lembing direjam, bapak aku berlari dan menangkap lembing tersebut sebelum lembing itu jatuh ketanah ”

” Itu tak heran ” kata Budak B ” Bapak aku lagi tangkas, bapak aku masuk sukan menembak. Punyalah cepat dia berlari sehinggakan selepas peluru keluar daripada pistol, bapak aku sempat berlari dan menangkap peluru tersebut”

“Mari kita dengar cerita bapak aku pulak, aku rasa bapak aku yang paling cepat dalam bab lari ini” kata Budak C. ” Bapak aku kerja di Alor Setar tapi tinggal di Sungai Petani. Bila pejabat tutup pukul 4.30 petang, pukul 3.00 petang bapak aku dah ada di rumah. Bayangkan betapa cepatnya pak aku berlari. ”

Jangan bagi Ali mengamuk

Maka tersebutlah kisah di sebuah kampung bernama Pinang 18, namanya sebegitu kerana hanya terdapat 18 pokok pinang kat kampung tu,kira banyak jugakkan... tinggal lah seorang orang yg gila bernama Ali( memang nama sebenar). Ali tinggal seorang diri setelah kedua ibubapanya meninggal dunia. Pondoknya terletak di hujung kampung. Ada org kata, Ali ni mewarisi sifat gila dari bapanya..
Peristiwa tragis ini berlaku pada hari Jumaat. maka hendak dijadikan cerita, seperti hari2 jumaat yg lain, Ali akan pergi ke masjid utk menunaikan solat jumaat. sungguhpun dia ni gila..tapi dalam bab sembahyang dia tak pernah gila. Oleh itu kengkawan semua, contohilah sikap Ali ni, jgnlah miss solat. nnti kita lebih gila dari org yg gila.
Setelah selesai solat, Ali pun macam biasa nak bali! k rumah dia. Puas dicarinya selipar buruk kesayangannya, tapi tak berjumpa jugak. Benganglah si Ali ni sebab selipar dia dah kena curi. Dengan tergesa2..Ali masuk balik ke dalam masjid dan terus menuju ke microfon. Apalagi...dia pun buat pengumuman dengan suara yg ala2 ganaz lagi brutal..
"Kepada sesiapa yg curik kasut aku, tolong pulang balik, kalau tak aku akan buat macam yg arwah bapak aku buat tahun lepas!!!!"
Maka takutlah orang kampung Pinang 18. Almaklumler...orang giler ni kalau nak mengamuk punyalah dahsyat. Kalau tak guna parang, mesti tak thrill.
Tetiba datanglah seorang budak dengan wajah yg pucat lagi takut menjinjing selipar buruk Ali. Sambil tersengih2 budak tu berkata...
"Alaaa abang ni.. saya nak bergurau pun tak boleh.."
Ali menjegilkan biji matanya tanda geram sesangat kat budak tu. Lintang-pukanglah budak tu lari.
Setelah dapat selipar buruknya..Ali pun bersiap2 utk meninggalkan masjid. Pak Imam yg dari tadi memerhatikan kelakuan Ali cuba mendekatinya. Dengan rasa takut.. Pak Imam pun bertanya...
"Errrr...boleh aku tahu..apa yg arwah bapak ko buat bila dia tak dapat semuala selipar dia"
"Balik kaki ayamler..."jawab Ali dengan selamba rocknyerr..

Kaki Bertaruh

Ada seorang pak cik yang bernama Pak Di yang sangat kaya. Setiap hari beliau akan menyimpan RM1000 di bank. Setiap hari tepat pukul 9 pagi Pak Di dah pun bersiap sedia terpacak di kaunter bank untuk menympan RM1000 nya.

Setelah lebih kurang setahun berlalu, kehadirannya setiap hari disedari oleh Manager Bank. Menager Bank itu pun memanggilnya ke office dan bertanya…

Manager : Setiap hari saya lihat pak cik akan menympan RM1000 di bank. Apa kerja pak cik?

Pak Di : Saya ni sebenarnya tak de kerja encik. Cuma saya suka bertaruh. Setiap hari saya akan bertaruh dan saya tak pernah kalah.

Manager : Ooo… ini sudah cukup bagus. Tapi pak cik mungkin belum bertemu dengan orang yang teror macam saya ni. Kalau pak cik bertaruh dengan saya jangan haraplah nak menang.

Pak Di : Iye ke? Kalau macam tu jom kita bertaruh.

Manager : Okay. Sebutkan apa saja pak cik nak bertaruh dengan saya.

Pak Di : Macam ni… dalam tempoh 7 hari dari sekarang encik akan kehilangan telur encik. Kalau betul encik akan hilang RM1000, kalau tak saya akan bayar encik RM1000.

Manager : Hahaha.. tak logiklah pak cik. Tapi tak pe… saya setuju.

Setelah kedua-duanya bersetuju, mereka pun beredar. Besoknya bila bangun pagi Manager tu pun meraba telurnya.. ooh masih ada. Begitulah seterusnya hinggalah sampai ke hari yang ketujuh dia dapati telurnya masih lagi ada..

Dengan suka hatinya Manager tersebut pun pergilah berjumpa dengan Pak Di.

Manager : Pak cik sorrylah ye.. telur saya masih lagi ada..

Pak Di : Betul ke? Aku tak percaya… Mari sini aku pegang…

Lalu dipegangnya anu Manager tu. Sambil tersenyum Pak Di pun berkata..

Pak Di : Okaylah.. Betul kata kau. Nah ambil RM1000 ni. Pak Di pun menghulurkannya.

Manager : Hari ni baru pak cik tahu siapa yang teror… Sorrylah pak cik hari ni pak cik tak dapat pergi bank lagi keh.. keh.. keh…

Tiba-tiba Pak Di mengeluarkan RM4000 dan pergi ke kaunter bank. Manager tersebut rasa hairan lalu bertanya pada Pak Di..

Manager : mana pak cik dapat duit sebanyak tu?

Pak Di : Pak cik bertaruh dengan kawan pak cik Guard kat luar tu tadi RM5000.

Manager : Bertaruh apa?

Pak Di : Bertaruh yang pak cik dapat pegang telur Manager Bank..

Manager : Tak guna punya orang tua

Kebetulan

Empat orang bakal ayah sedang menunggu kelahiran bayi mereka diruang rehat sebuah hospital. Kegelisahan jelas diriak muka mereka…

Seorang jururawat keluar dari bilik pembedahan lalu berkata kepada lelaki yang pertama, “Tahniah! Isteri Tuan selamat melahirkan anak kembar dua.”“Kembar dua! Kebetulan pula, saya bekerja di menara berkembar Petronas,” kata lelaki yang pertama dengan riangnya.

Beberapa minit kemudian, seorang jururawat lain datang memberitahu kepada lelaki kedua, “Isteri Tuan selamat melahirkan bayi kembar tiga. Tahniah!”“Apa? Kembar tiga! Saya bekerja dengan 3D Corporation, kata lelaki yang kedua.

Setengah jam kemudian, seorang jururawat memberitahu kepada lelaki ketiga, “Tahniah! Isteri Tuan selamat. Tuan dikurniakan anak kembar empat” kata jururawat itu dengan tenang.“Kembar empat! Sungguh saya tak menduga kejadian ini, saya pula bekerja di Four Season Hotel,” kata lelaki ketiga dengan gembira.

Lelaki yang keempat mula mundar-mandir kegelisahan. Ketiga-tiga lelaki tadi berasa hairan melihat keadaan lelaki keempat itu. Mereka bertanya,

“Apakah yang merunsingkan awak?”

Dengan perasaan gelisah dia menjawab “Saya bekerja di Seven Eleven.”

Ha ha Kantoi

Pada satu hari, si suami balik dari kerja dan mendapati si isteri tengah bergaduh besar dengan maid indonesianya. .. maka si suami dengan hati yg suci ingin lah jadi org PBB jap, nak tolong damaikan suasana.. maka bertanyalah si suami ngan suara yg lembut pada isterinya..Apa hal ni!!!!!

Yang... . kenapa bising2 ni"... ..jawap si isteri dgn nada marah... "ni hah!!!!! seluar dalam i hilang, tentu si Tuti(nama ni rekaan semata2) yang curi seluar dalam Gucci i yg mahal yg i beli kat Beijing tuhh!!! " Disambut pulak oleh si suami ... ." alahai Yang ni, takkan lah sebab hilang satu helai seluar dalam pun nak bising satu kawasan perumahan. Dah, dah,nanti Abang belikan ganti yg lebih mahal dan seksi lagi... " Berkata lagi si isteri... "Tapi bang, kalu sehelai i tak sakit hati sangat, ni yang hilang tu , 10 helai tau... ... 10 helai!!! (sambil tunjuk jari sepuluhnya)" Maka terkejut beruklah si suami dengar berita ini, berpusing lah dia pada Tuti yg terkebil2 sejak tadi... dgn suara yg lebih lembut lagi ,si suami bertanya... ."betul ke Tuti, kamu yang curi seluar dalam mak encik kamu ? Ingat... .kamu mesti bercakap benar!!!"

Si Tuti dengan muka yang ketakutan dan suara terketar2 yg pekat dgn pelat indonesianya pun menjawaplah. .. . " tapi... tapi... tapi... bapak kan tahu saya enggak pernah pakai seluar dalam!!!!! "

Suami Yang Taat

Kisah Kasih Suami Pada Isteri Pak Mat adalah seorang penduduk sebuah pondok di Selatan Thailand. Pada pertengahan bulan Mei yang lalu isterinya yang bernama Maznah telah meninggal dunia kerana diserang penyakit jantung.

Pak Mat yang berusia menjangkau empat puluhan telah diperhatikan oleh jiran-jirannya agak luar biasa iaitu beliau telah pergi ke kubur isterinya sebanyak tiga kali sehari. Pak Mat pergi pada waktu pagi, tengah hari dan petang untuk menyiram kubur isterinya lebih dari dua minggu secara berterusan. Ada setengah dari jiran dan penduduk tempatan beranggapan Pak Mat begitu cintakan isterinya.

Seorang saudaranya yang terdekat telah berkata, "Awak ni terlalu sangat cintakan isteri sehingga sanggup berbuat demikian, yang mana tak ada siapa lagi di kampung ini buat begitu." Pak Mat menjawab, "sebenarnya sebelum Maznah hendak menghembuskan nafas yang terakhirnya, beliau telah berpesan kepada saya, kalau hendak kahwin pun tunggulah sehingga rumput di kuburnya tumbuh dahulu." " Oleh yang demikian saya terpaksa siram kuburnya supaya rumput cepat tumbuh......"

Assalamualaikum